TNB Thunderbolts buru mata benam JM Antsbees 8-2

TNB Thunderbolts buru mata benam JM Antsbees 8-2

PEMAIN TNB Thunderbolts, Disairul Fazrien Muhammad Nazrien mengasak kubu JM Antsbees pada perlawanan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam. TNB Thunderbolts berpesta gol membelasah JM Antsbees 8-2. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas dihambat kekalahan dua kali berturut-turut, pasukan TNB Thunderbolts bangkit menang bergaya 8-2 ke atas JM Antsbees dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

TNB bermula garang di babak pertama dengan membuka jaringan menerusi Muhammad Syamim Naim Abdul Hamid seawal minit kesembilan permainan.

Gol seterusnya disusuli oleh Zufar Saiful Marsita dan Muhammad Amirul Haniff Mamat pada minit ke-12 dan 14 menerusi pukulan sudut.

JM Antsbees yang menghuni kedudukan tercorot liga bangkit menambah jaringan menerusi S. Khartikesan pada minit ke-20 sebelum tamat separuh masa pertama dan terpaksa berpuas hati dengan dua jaringan sebaik wisel penamat.

Babak kedua, Amirul meneruskan prestasi cemerlangnya menyumbat tiga gol sehingga tamat masa permainan.

Pengendali TNB, M. Kaliswaran berkata beliau mengubah strategi permainan anak buahnya untuk kekal berada di tangga keenam untuk ke suku akhir piala TNB.

“Hari ini permainan untuk persiapan menjelang ke suku akhir sebab menentang satu perlawanan lagi dan kita akan selesa jika mendapat tiga lagi mata.

TNB meneruskan kempen MHL, bakal bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai perlawanan terakhir liga, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN