LONDON: Manchester United akan menunggu kunjungan Liverpool dalam saingan suku akhir Piala FA selepas kedua-dua musuh ketat itu meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing dalam pusingan kelima, awal pagi tadi.
United mengendurkan sedikit tekanan terhadap pengendalinya, Erik ten Hag selepas jaringan lewat Casemiro membantu pasukannya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Nottingham Forest.
Sementara Liverpool yang masih segar dengan kemenangan ke atas Chelsea dalam aksi akhir Piala Liga, Ahad lalu terus bergantung kepada kemampuan barisan pemain mudanya untuk meratah pasukan liga kedua, Southampton 3-0 di Anfield.
Chelsea yang tewas 1-0 kepada Liverpool di Wembley tidak menunggu lama untuk bangkit menewaskan Leeds 3-2 sekali gus menempah pertemuan satu lagi suku akhir dengan Leicester selepas ini. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Chelsea 3 (Jackson 15, Mudryk 37, Gallagher 90) Leeds 2 (Joseph 8, 59)
Nottingham Forest 0 Manchester United 1 (Casemiro 89)
Wolves 1 (Lemina 2) Brighton 0
Liverpool 3 (Koumas 44, Danns 73, 88) Southampton 0










