Format hoki kelayakan Olimpik sekat peluang Asia

Format hoki kelayakan Olimpik sekat peluang Asia

SUBAHAN KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menaruh harapan besar agar format kelayakan ke temasya Sukan Olimpik diubah kerana dilihat tidak adil bagi sesetengah negara khususnya di benua Asia.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, perkara yang ingin disuarakannya itu bukan alasan kerana Speedy Tigers gagal ke Olimpik Paris 2024, tetapi pandangan kerana dahulu kelayakan Olimpik tidak terhad hanya kepada juara benua sahaja.

“Sekarang untuk Asia juara adalah India, sedangkan yang lain harus bersaing dengan 10 pasukan terbaik Eropah. Selepas Belanda layak, kita perlu berdepan Belgium, Jerman, England dan Sepanyol. Ia bukan mudah kerana kelayakan ini memang terhad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara ini jelas dan di Olimpik Paris 2024, hanya India sahaja layak sedangkan negara lain di Asia seperti Jepun, Pakistan, China dan Malaysia gagal melayakkan diri,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Menurut Subahan Persekutuan Hoki Asia (AHF) perlu membantu negara Asia dengan mendesak agar peluang lebih adil untuk beraksi di temasya berprestij itu kelak.

“Olimpik adalah untuk perpaduan, bukannya hanya membabitkan siapa menang. Jika 16 slot diberikan sudah tentu Malaysia ada peluang.

“Kalau Olimpik Los Angeles 2028 lagi susah, sebab slot automatik kepada tuan rumah, Amerika Syarikat (AS) sedangkan kuasa besar benua berkenaan ialah Argentina.

“Jadi caranya ialah kita akan cuba untuk melihat kembali proses sistem kelayakan. Kalau tidak memang satu ujian besar bukan hanya kepada Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Subahan berkata, format ke Olimpik dan Piala Dunia juga berbeza dengan Piala Dunia yang membabitkan 16 pasukan yang menyaksikan Malaysia sering berjaya melayakkan diri dengan kali terakhir tahun lalu di Bhubaneswar, India.

“Jadi ini kerja saya bersama Datuk Majid Manjit Abdullah (Naib Presiden AHF) dan Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak (Ahli Lembaga Eksekutif AHF) membawa suara ini kepada AHF. Harap keluhan Malaysia mengenai wakil Asia ini didengari.

“Memang saya kecewa kita tak layak jadi bukan hendak beri alasan harapan kita dapat ke separuh akhir dan sekurang-kurangnya bersaing dengan New Zealand di pusingan kelayakan Olimpik Paris di Oman tempoh lalu,” katanya.

Hanya 12 pasukan bakal beraksi di Olimpik Paris termasuk tuan rumah, Perancis, Belanda, India, Jerman, Great Britain, Sepanyol, Afrika Selatan, Belgium, Australia, Argentina, New Zealand dan Ireland. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini