Kabinet pada 18 Februari lalu bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan menggantikan perkataan ‘bapanya’ dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya’. Pindaan ini bertujuan untuk memberikan hak kepada wanita Malaysia dengan suami warga asing untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara sekali gus merealisasikan komitmen negara terhadap kesaksamaan jantina dan memenuhi hak terhadap kanak-kanak. Pada 10 Jun, Menteri Dalam Negeri (KDN),…