TIDAK pernah terlintas di fikiran Dr. Rabiah Al-Adawiyah Rahmat, 36, untuk terlibat dalam tugasan besar seperti identifikasi mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak di timur Ukraine. Tambahan pula ketika itu dia belum lagi bertaraf pakar forensik gigi dan masih hijau dalam bidang berkenaan. Walaupun penglibatannya cuma sekelumit tetapi berjaya menyuntik semangat untuk terus meneroka bidang forensik pergigian. Pensyarah dan pakar forensik pergigian di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu berkata,…