Secara fizikalnya, tiada apa yang kurang dengan Mohamad Hafizzudin Mohd. Fadeli,30. Pemuda ini kelihatan segak dengan jubah lengkap graduan ketika ditemui pada konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke 50, baru-baru ini. Hakikatnya, graduan Sarjana Sains Bioteknologi Tumbuhan ini mempunyai penglihatan terhad akibat masalah glaukoma yang dialaminya sejak berusia 16 tahun lagi. Mohamad Hafizzudin hanya boleh nampak apa yang ada dihadapannya saja dan dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan terhad.…










