Konflik Israel-Iran berisiko cetus malapetaka serantau - Anwar

Konflik Israel-Iran berisiko cetus malapetaka serantau – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Israel melancarkan serangan terhadap Iran yang disifatkan sebagai satu percubaan jahat untuk menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung ketika ini.

Anwar berkata, tindakan tersebut, yang turut disertai campur tangan ketenteraan Amerika Syarikat, berisiko membawa Asia Barat ke ambang malapetaka besar sekiranya ketegangan terus memuncak tanpa penyelesaian diplomatik.

Katanya, perkembangan itu juga berpotensi mengheret negara-negara lain ke dalam konflik yang mungkin sukar dibendung sekiranya tidak ditangani dengan segera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menggesa Amerika Syarikat dan Iran supaya memilih jalan diplomasi sebagai laluan keluar daripada krisis ini, bukannya terus meningkatkan ketegangan.

“Komuniti antarabangsa juga perlu bertindak dengan segera dan tanpa berat sebelah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Iran serta negara-negara lain di rantau berkenaan.

“Saya akan berhubung dengan rakan-rakan serantau bagi membincangkan langkah seterusnya berhubung perkara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini