Masa untuk tunaikan manifesto

Masa untuk tunaikan manifesto

Perikatan Nasional (PN) akan menunjukkan semula manifesto Pakatan Harapan dan gabungan parti yang membentuk kerajaan Persekutuan untuk dinilai oleh rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan kerajaan sudah terbentuk serta lengkap dengan barisan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri, pemimpin politik patut bekerja semula membantu masalah rakyat seperti yang di­janjikan dalam manifesto semasa berkempen.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd. Muis berkata, pelaksanaan manifesto perlu mempunyai penyelarasan kerana semua gabungan dan parti politik membentuk kerajaan mempunyai tawaran yang bera­singan semasa tempoh berkempen sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, ke­rajaan ketika ini mempunyai ke­lebihan kerana tidak semua janji dikemukakan bertentangan antara satu sama lain seperti isu-isu ekonomi, kestabilan politik dan reformasi institusi.

POLEMIK

“Apabila (barisan) kerajaan sudah lengkap, semua pihak harus move on. Kerajaan sudah dibentuk dan sudah masa kerajaan (sendiri) tidak perlu menimbulkan polemik politik yang boleh mengakibatkan kesangsian dan kebencian (dengan) isu-isu populis yang sempit.

“Yang paling penting adalah bagaimana semua manifesto boleh diselaraskan dan berkongsi kaedah untuk mencapai semua itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 27 timbalan menteri bagi melengkapkan saf kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Jumlah itu menjadikan barisan Kabinet mempunyai 55 orang yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Senator untuk mene­rajui pentadbiran negara dalam tempoh lima tahun ini.

Mengulas lanjut, Mujibu berpandangan, tumpuan paling mustahak adalah untuk menunaikan lima perkara yang sudah digariskan Anwar selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

“Lima aspek itu adalah kestabilan politik; memperbaiki kelembapan ekonomi; harga barang dan kos sara hidup; gaji yang berma­ruah dan peluang pekerjaan; serta perpaduan kaum.

“Itu paling penting dan itu juga digariskan Perdana Menteri, maka itu yang rakyat mahu tunggu.

BERBEZA

“Malah, semua parti politik sebut dalam manifesto, pendekatan mungkin berbeza te­tapi boleh bandingkan pendekatan masing-masing dan kemukakan yang terbaik,” ujarnya.

Beliau menambah, sudah tiba masanya kerajaan mereformasikan institusi pembangkang de­ngan menawarkan inisiatif agar mereka menjadi pembangkang yang efektif.

Katanya, ini membolehkan pihak pembangkang yang terdiri daripada ramai muka baharu dapat menumpukan kepada perbahasan berkualiti supaya pembangkang yang kuat dapat diterjemahkan.

“Kalau dulu kita boleh lihat bagaimana pembangkang dilayan seperti musuh, disekat peruntukan, tidak diberikan akses serta diketepikan pelantikan dalam mana-mana jawatankuasa.

“Mereka (kerajaan) sudah pernah jadi pembangkang, maka tiba masa layan pembangkanag sebagai rakan profesional. Dengan reformasi institusi pembangkang, mereka boleh jadi pembangkang efektif.

“Apabila ini berlaku, pembangkang boleh jadi profesional, dan tidak ada lagi kritikan merepek dan tidak menyerang dengan perbuatan yang bersifat provokatif di media sosial (troll), tetapi mereka akan lebih fokus kepada isu serta tindakan yang diambil,” katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, barisan Kabinet perlu cepat belajar semua struktur pentadbiran sebelum mula mengemukakan pendekatan dan dasar yang mahu dilaksanakan kementerian masing-masing.

TERATUR

Beliau berkata, ini kerana tindakan itu perlu untuk memastikan memastikan kerajaan berjalan dengan baik dan teratur.

“Dalam mana-mana sistem demokrasi, perlu diakui lantikan individu pertama kali tidak dapat dielakkan kerana memang ada individu diberi jawatan tinggi mengikut kedudukan dalam parti (se­iring) dengan perubahan kerajaan.

“Kriteria kekanan dalam parti dan bidang yang dirasa mungkin sesuai untuk dilantik dengan pengalam mereka. Namun, mereka kena cepat belajar dalam tempoh tiga bulan pertama, kalau lambat sangat nanti mereka tertinggal sebab kerajaan sekarang ini kena move on dengan cepat.

“Paling lewat pun belajar tiga bulan, selepas itu sudah kena mula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN