Hepatitis akut, bahaya, tiada tanda jangkitan - Utusan Malaysia

Hepatitis akut, bahaya, tiada tanda jangkitan

Latih anak menjaga kebersihan tangan sebagai pencegahan awal jangkitan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mac lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun disahkan menghidap hepatitis akut dan terpaksa menjalani pemindahan hati di sebuah hospital di Sabah.

Hepatitis akut misteri (keradangan hati yang teruk) sebenarnya tidak diketahui asal usulnya, tetapi ditemui pada bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia.

Pakar Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn, Dr. Connie Teo Kai Ru berkata, sindrom klinikal hepatitis akut yang jelas adalah peningkatan enzim hati yang ketara.

Katanya, banyak kes berkaitan masalah usus dilaporkan termasuk sakit perut, cirit-birit dan muntah sebelum menunjukkan hepatitis akut yang teruk dan peningkatan tahap enzim hati dan jaundis (kekuningan putih mata).

“Simptom lain dengan punca yang tidak diketahui termasuk air kencing berwarna gelap, najis pucat dan berwarna kelabu, kulit gatal dan sakit otot atau sendi,” katanya.

Masyarakat harus diberi kesedaran tentang penyakit hepatitis misteri ini kerana penyakit ini sedang merebak.

Malangnya penghidap hepatitis biasanya tidak tahu mereka menghidap virus berkenaan.

Dr. Connie berkata, Hepatitis biasanya boleh menyebabkan keradangan hati.

Walaupun kebanyakan kes hepatitis tidak menunjukkan tanda-tanda dan gejala seseorang harus berjumpa doktor jika mereka kurang selera makan, loya, atau mula mengalami sakit perut dan muntah.

“Komplikasi hepatitis mengakibatkan sirosis hati, iaitu kerosakan hati teruk yang menyebabkan kematian sel, atau yang paling berbahaya ialah kanser hati,” katanya.

PERLU BERSEDIA

Berdasarkan rekod jangkitan di seluruh dunia ketika ini, Dr Connie menganggap negara yang menghadapi kes hepatitis akut misteri ini harus bersedia menerima lebih banyak kes.

Data sehingga Mei lalu, terdapat lebih 348 kes kemungkinan hepatitis akut pada kanak-kanak dilaporkan di 21 negara dengan 26 kanak-kanak memerlukan pemindahan hati.

Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus Adenovirus ini didapati merebak selepas pandemik Covid-19, yang mungkin menjadi punca wabak.

Manakala hasil kajian dijalankan di beberapa negara seperti United Kingdom (UK), menunjukkan kemungkinan penyakit itu ditularkan oleh Adenovirus jenis 41F yang bermutasi. Ia boleh bertahan dalam persekitaran untuk jangkamasa yang lama dan menjadikan jangka hayat virus in lebih lama daripada virus lain.

“Adenovirus ditemui dalam 75 peratus daripada kes yang diuji di UK, dengan majoriti kes untuk adenovirus Jenis 41F.

“Adenovirus Associated Virus 2 (AAV-2) dikesan dalam sebilangan kecil kes di UK, menggunakan meta-genomics dalam sampel hati dan darah,” katanya.

Adenovirus tidak menyebabkan hepatitis pada kanak-kanak, tetapi kepada kanak-kanak yang telah terdedah kepada penyakit ini, serta faktor sampingan lain, seperti toksin atau jangkitan virus sebelumnya, menjadikan mereka lebih mudah dijangkiti. Virus juga datang dalam pelbagai jenis genetik dan boleh berjangkit pada mana-mana usia kanak-kanak.

Demam, penyakit pernafasan seperti batuk, selsema, dan sakit tekak antara tanda dijangkiti.

“Beberapa kajian yang sedang dijalankan di Jepun, Adenovirus ini juga terdapat dalam titisan cecair daripada pernafasan atau rembesan, atau sentuhan langsung dengan orang yang dijangkiti, najis atau permukaan tercemar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×