Siakap terbang ada di Sepang - Utusan Malaysia

Siakap terbang ada di Sepang

ENAM restoran menarik menyajikan pelbagai menu istimewa di sekitar Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nak makan mana? Itu antara soalan yang paling susah untuk difikirkan atau pun dijawab.Bukan mudah nak tentukan restoran mana yang hendak dituju atau juadah apa yang mahu disantap.
Apatah lagi ketika cuti hujung minggu atau pun beriadah bersama keluarga, pastinya kita mahukan sesuatu yang istimewa.

Jom lihat enam restoran menarik menyajikan pelbagai menu istimewa di sekitar Sepang, Selangor.

1. Restoran makanan laut
Penggemar makanan laut mungkin boleh pertimbangkan restoran Senandung Malam Seafood. Terletak di Bagan Lalang, ia menyajikan makanan laut harga berpatutan yang menyajikan pemandangan pantai yang indah.

2. Menu Itali dan Malaysia
The Tepen di Tamarind Square, Cyberjaya menyajikan hidangan gabungan Asia yang terbaik. Antara menu menarik boleh dicuba adalah hidangan pasta Aglio Olio bersama Bunga Kantan ataupun salmon panggang dalam Laksa.
Bagi penggemar nasi, terdapat hidangan nasi putih dalam buluh bersama pilihan lauk pauk dan pelbagai pencuci mulut yang unik

3. Kopitiam
Menu ringkas kopitiam turut tersedia di Pak Ngah Cyber Kopitiam, Cyberjaya. Kopitiam bergaya moden itu menghidangkan hidangan klasik kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lemak, asam laksa serta telur separuh masak di atas roti bakar bersama kaya dan mentega. Hidangan barat seperti pasta dan tortilla turut tersedia.

4. Kafe suasana tropika
Kafe itu menyajikan ‘bao burger’ yang unik iaitu salah satu hidangan istimewa mereka bersama hidangan-hidangan lain termasuk kopi dan teh.
Tarikan lain adalah kafe berkenaan turut menjual produk mesra alam seperti berus gigi bukan plastik dan sabun bebas kimia sebagai salah satu inisiatif mempromosikan kesedaran bebas sisa.

5. Kopi
Luck Bros Kopi di KLIA2 menyajikan kopi, hidangan panas dan manisan yang beraneka. Selain hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam, kafe ini juga mempunyai pilihan on-the-go kepada mereka yang inginkan hidangan yang mudah dan cepat, terutama sekali kepada para penumpang penerbangan.

6. Siakap terbang
Restoran Ummi Aisyah terletak di Pasar Perdagangan Warisan Central, Kota Warisan menyajikan aneka hidangan makanan laut. Siakap Terbang antara menu yang boleh dicuba. Ia digoreng dan dihidangkan bersama sambal tempoyak dan sambal belacan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN