KETIKA pembentukan kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengambil masa untuk diselesaikan, Perak adalah sebaliknya apabila proses penubuhan kerajaan negeri berjalan dengan lancar apabila Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama memimpin negeri. Kerjasama itu mencatat sejarah besar dalam politik tanah air, kerana meskipun ia adalah kerjasama BN dan PH, namun ia lebih dilihat sebagai kerjasama di antara UMNO dan DAP. Sejarah tercatat di bumi Perak, apabila…