Selepas lapan minggu mencurah keringat, penyanyi berpengalaman, Rahmad Mega tersenyum puas dengan merangkul Juara program Terpaling Juara, diumumkan malam Ahad lalu. Rahmad ketika ditemui selepas pertandingan itu meluahkan syukur atas kemenangan itu dan menyifatkan ia sebagai pengubat kehampaan selepas gagal dalam pertandingan nyanyian yang pernah disertainya sebelum ini. “Kemenangan ini merawat kekecewaan saya. Tetapi dalam masa yang sama, ia juga menjadi penanda aras baharu kepada kerjaya saya sebagai penyanyi. “Mungkin…










