Mukadimah BANYAK suara rakyat terutama anak muda sudah letih corak politik lama yang lebih berkisar kepada isu-isu lapuk. Ini sudah semestinya memerlukan momentum baharu dengan idea dan cara yang lebih segar untuk menarik sokongan rakyat khususnya golongan berumur 18 sehingga 21 tahun. Malah, dengan melihat kepada penambahan jumlah pengundi muda iaitu 1.4 juta, ia sekaligus bakal menjadi kayu pengukur dalam penentuan perubahan lanskap politik negara menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15…