Keunikan pai daging kambing - Utusan Malaysia

Keunikan pai daging kambing

Pai daging kambing antara sajian unik yang boleh dicuba.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pai merupakan sajian kegemaran pelbagai lapisan usia sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Antara yang sering menjadi pilihan ramai ialah pai epal, ayam dan sheperd.

Bagi yang ingin mengubah selera, anda mungkin boleh mencuba hidangan pai kambing pula selepas ini. Selamat mencuba!

Bahan-bahan inti
200 gram (g) daging kambing halal Australia tanpa tulang (dikisar)

1 ulas bawang putih (dicincang)

½ biji bawang Holland (dipotong dadu)

½ biji tomato (dicincang)

50 g lobak merah

(dipotong kiub)
50 g kacang pis

1 tangkai rosemary

200 mililiter (ml) stok kambing

30 ml sos bulgogi Kikkoman

Garam dan lada hitam

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak dan masukkan daging kambing serta perasakan dengan sedikit lada hitam.

2. Masukkan bawang dan lobak merah. Masak selama tiga minit diikuti letak bawang putih.

3. Masak rosemary dan tomato selama tiga minit dan masukkan stok kambing.

4. Tutup periuk dan masak adunan hingga pekat dengan api perlahan.

5. Masukkan sos bulgogi dan kacang pis.

6. Tambah perasa jika perlu.

Bahan-bahan hiasan
4 tangkai asparagus

40 g tomato (dihancurkan)

20 g tangkai saderi (dicincang)

20 g lobak merah (dicincang)

20 gram bawang (cincang)

1 biji kentang (masak)

20 g keju parmesan

70 g kacang lentil

Daun kucai

Mentega

Krim

Cara penyediaan
1. Masukkan kentang, keju parmesan, mentega dan krim dalam periuk. Masak menggunakan api perlahan hingga sebati kemudian letak bahan perasa.

2. Masukkan kentang putar dalam beg paip dan letakkan di tepi.

3. Panaskan minyak dan masak bawang, sedari serta lobak merah.

4. Masukkan kacang lentil, asparagus dan tomato. Selepas itu letakkan sedikit mentega.

5. Perasakan dengan garam, lada hitam dan sedikit daun kucai sebelum dimasukkan dalam beg paip.

Pai daging kambing
1. Panaskan ketuhar.

2. Masukkan bahan inti ke dalam kulit pai.

3. Picitkan kentang putar dan tomato atas inti mengikut kegemaran masing-masing.

4. Bakar pai dan sedia dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN