PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) diminta segera bertindak berhubung pendedahan kepincangan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan selepas ia dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam. Beliau berkata, kerajaan memandang serius isu projek LCS yang sedang dalam siasatan SPRM. “Jemaah Menteri telah memutuskan untuk…