Program galak penduduk bercucuk tanam - Utusan Malaysia

Program galak penduduk bercucuk tanam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang sedang berlangsung, Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) mengetengahkan Program Pertanian Komuniti (Kebuniti) kepada para pengunjung.

Program berkenaan bertujuan untuk menggalakkan penduduk bandar dan luar bandar untuk bercucuk tanam dengan menanam pelbagai sayur-sayuran kegunaan harian seperti cili, kunyit, halia, kubis, sawi, bayam dan juga salad.

Inisiatif itu juga dilihat mampu menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, DOA melalui Laman Agro-Food Florikultur memperkenalkan konsep Miracle Garden yang menonjolkan keindahan landskap pelbagai jenis kombinasi bunga-bungaan unik bersama tanaman edible menyegarkan.

Keseluruhan laman berkenaan dibangunkan dengan menggunakan aspek pertanian pintar.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Zahimi Hassan berkata, elemen etnobotani, bungaan produktif dan estetik serta tanaman edible diterapkan melalui lapan konsep taman bagi menceriakan Laman Agro-Food Florikultur.

Konsep berkenaan adalah Rainbow Garden, Vertical Garden, Sunflower Garden, Tropical Garden, Petunia Garden, Orchid Garden, Urban Garden dan Teratai Garden.

“Jabatan Pertanian turut menyediakan rerurai jualan pelbagai benih tanaman dan anak pokok, pameran bunga premium dan terrarium, kuiz dan permainan, demonstrasi hasilan bunga dan hiburan santai untuk para pengunjung,” katanya.

Laman itu juga mendapat kerjasama dan kolaborasi empat rakan padanan bagi pengisian aktiviti dan program iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Perbadanan Putrajaya dan POS Malaysia Berhad yang mengeluarkan setem edisi terhad berlogo MAHA 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini