Tragedi kepala air: Aidiladha tanpa tiga insan disayangi - Utusan Malaysia

Tragedi kepala air: Aidiladha tanpa tiga insan disayangi

MUHAMMAD Khairul Asyraf Nor Azman menatap gambar Nurul Anis Abu Hassan yang menjadi terkorban bersama ibu dan adiknya, Salmah Mat Akib serta Khairul Ikhwan Nor Azman dalam kejadian kepala air dan banjir kilat di Kampung Iboi, Kupang di sini. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Kehilangan tiga ahli keluarga serentak dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur meninggalkan memori pahit buat Muhammad Khairul Asyraf Nor Azman.

Bukan sahaja isteri, ibu dan adiknya, hasrat Muhammad Khairul Asyraf, 24, untuk menimang cahaya mata sulung turut tinggal impian apabila mereka pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Susulan itu Hari Raya Aidiladha kali ini  tidak bermakna buatnya apabila mengenang semula detik-detik terakhir mengenai persiapan raya bersama isterinya, Nurul Anis Abu Hassan.

“Beberapa hari sebelum tragedi, saya bersembang dengan arwah isteri mengenai Hari Raya Korban, dia macam tidak berapa teruja untuk membuat persediaan.

“Saya ada tanya kita nak beli apa untuk raya nanti, tapi arwah hanya minta saya balik dahulu ke kampung dan berbincang kemudian. Suaranya pun tak seceria seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, tidak pernah dalam sejarah mereka untuk berhari raya bukan di rumah sendiri, tetapi kali ini mereka hanya bertemankan khemah di pusat pemindahan sementara (PPS).

Ini kerana tragedi kepala air dan banjir lumpur pada Isnin lalu bukan sahaja menyebabkan mereka tidak membuat sebarang persediaan untuk beraya, bahkan tidak merasai suasana untuk menyambut perayaan itu.

Rabu lalu, jenazah tiga sekeluarga iaitu Nurul Anis, Salmah Mat Akib, 53, serta anak kepada Salmah iaitu Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, selamat dikebumikan kira-kira pukul 5.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban, di sini.

Turut dikebumikan adalah janin yang dikandung Nurul Anis berusia empat bulan.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan pasukan penyelamat di bawah timbunan pokok kira-kira 100 meter daripada tapak rumah mereka yang lenyap dibadai aliran air deras.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×