Datin Vivy Sofinas Yusof, cukup teruja dengan keberadaan butik dUCk untuk tahun ke lapan di pusat beli belah, Pavilion, Kuala Lumpur. Berbunga hatinya bila produk tempatan bersaing di lot-lot kedai yang rata-ratanya dimonopoli jenama asing di pusat beli-belah paling berprestij di ibu negara itu. Jenama tudungnya ini mencipta sejarah apabila laris bagai goreng pisang panas hanya dalam tempoh beberapa minit dilancarkan. Malah menjadi antara jenama tempatan terawal menjalin kerjasama dengan…