HAMPIR lapan tahun saya mengurus dan mengendalikan ekspedisi ilmu khususnya dalam bidang arkeologi di tapak tamadun awal Asia Tenggara di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Ekspedisi tiga hari dua malam ini melibatkan peserta berinteraksi bersama pengkaji atau arkeologis yang mengkaji di tapak tersebut di samping lawatan ke situ. Ekspedisi kami banyak melibatkan anak-anak muda khususnya mereka yang sering dikaitkan sebagai kelompok yang tidak berminat dengan sejarah jauh sekali dengan disiplin…










