Maid mempertaruhkan kasih ibu - Utusan Malaysia

Maid mempertaruhkan kasih ibu

Alex dan puteri sulungnya, Maddy, terduduk ketika hilang arah tuju selepas dibuang kerja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAK kenal maka tak cinta, sebaliknya jika sudah benar-benar mengenali sikap pasangan, sanggupkah kita melalui fasa lebih teruk?

Drama bersiri 10 episod, Maid berkisar mengenai kehidupan ibu tunggal, Alex lakonan Margaret Qualley yang terpaksa mengharungi pahit getir dalam hidupnya demi membesarkan seorang anak yang masih kecil.

Alex membawa penonton merasai kesukaran hidup, bekerja sebagai seorang pembersih rumah.

Alex mencari tempat perlindungan menerusi bantuan khidmat sosial.

Begitu pun, dek kerana tidak mempunyai dokumen diperlukan, Alex menyahut apa sahaja cara untuk mencari tempat berteduh.

Ketika bekerja sebagai seorang pembersih rumah, Alex pada mulanya tidak dibayar dan ada masanya dia dibayar dengan nilai rendah.

Menerusi pengamatan saya, penulis skrip diterajui Stephanie, Marcus, Michelle, Collin, Bekah dan Molly, berjaya menghasilkan skrip dan naratif yang mengembangkan setiap kesulitan yang dilalui oleh Alex.

Naskhah ini turut membuka mata penonton untuk bertindak dengan kadar segera dan mempunyai pendirian kuat untuk bangkit melawan ketidakadilan yang berlaku dalam rumah tangga.

Para wanita termasuk ibu tunggal perlu ambil maklum apakah hak-hak mereka dan dokumen yang diperlukan sekiranya merasakan hidup mereka ditindas.

Bahkan menerusi naskhah ini memberitahu, keganasan rumah tangga itu tidak semestinya berlaku pergaduhan dan kekerasan, sebaliknya penderaan emosi turut menyumbang dalam definisi itu.

Maid turut dibarisi Nick Robinson dengan memegang watak utama sebagai Sean iaitu bekas suami Alex. Andi MacDowell (Paula) ibu kepada Alex, Raymand Ablack (Nate), Billy Burke (Hank) dan ramai lagi.

Produksi Baharu
Menyentuh mengenai suntingan karya. Secara bahasa mudah untuk pembaca dan penonton, daripada pengamatan saya, produksi berjaya menyunting keseluruhan episod dengan bersih.

Daripada pemvisualan yang dilakukan, kaedah sinematografi menghidupkan lagi kekuatan jalan cerita Maid.

Kaedah seperti ini perlu diguna pakai agar penonton dapat merasakan menerusi kaca mata masing-masing.

Tambahan pula, deretan audio sebagai kesan tambahan turut membantu perkembangan naratif.

Tidak dinafikan lagi, contoh pada adegan cemas ketika Alex acap kali diuji dan diduga dengan pelbagai masalah, kesan bunyi secara tidak langsung memberikan penonton rasa emosi yang sama.

Selain itu, lokasi-lokasi penggambaran juga bersesuaian dengan penceritaan Maid.

Antaranya tempat perlindungan dan tempat-tempat masyarakat tanpa rumah.

Siginifikasi tempat menerusi Maid mendedahkan bahawa wujudnya lokasi tersebut dan bagi wanita yang teraniaya dapat idea jika permasalahan yang terjadi lebih kurang sama menerusi naskhah ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×