RESIPI Zaleha’s Cracker Eggs ini merupakan resipi yang diajar oleh ibu kepada Cef Annette Isaac ketika beliau belajar di universiti.
Ini antara hidangan paling mudah disediakan terutama untuk mereka yang menyediakan bekal makanan anak-anak ke sekolah.
Kongsi Cef Annette, hidangan mengenyangkan ini rangup dan sedap selain mudah disediakan. Sedikit kelainan tidak hanya goreng telur semata-mata.
Ia sesuai untuk pelajar-pelajar atau mereka yang bekerja ingin bersarapan dengan bajet rendah.
Resipi ini sesuai untuk empat orang dan penyediaan kurang 10 minit.
RESIPI ZALEHA’S
CRACKER EGGS
Bahan-bahan
2 biji telur
1 sudu besar mentega atau butter
2 keping cream crackers (hancur kasar)
1 biji bawang merah (dicincang)
1 tangkai cili api atau burung (dicincang)
Garam dan lada sulah secukup rasa
Daun ketumbar segar
Cara penyediaan
1) Cairkan butter dalam kuali panas bersama bawang dan cili. Tumis beberapa minit dan ketepikan.
2) Dalam mangkuk, pukul telur dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Tuangkan ke dalam kuali dan kacau.
3) Kacau sedikit demi sedikit. Apabila agak masak, masukkan cream cracker dan kacau sebati.
4) Setelah masak, taburkan daun ketumbar ke atas telur dan hidangkan segera ke atas pinggan supaya cream cracker tetap rangup.
TIPS CARA MEMOTONG BAWANG MERAH
Potong bawang mengikut teknik yang betul.
Chop dan potongan dadu (dice)
Chop – Potongan mestilah segi empat sama besar. Sesetengah resipi tidak meletakkan saiz khusus sama ada roughly chop atau just chop. Kemudian potong menjadi kepingan dalam 2 sentimeter (2cm).
Dadu – Potongan segi empat sama lebih kecil. Jika tidak dinyatakan dalam resipi, maka potong dalam ukuran 1 cm.
TIPS CARA MEMOTONG BAWANG PUTIH
Cincang (mince) dan hiris (slice).
Cincang – Potong kepada saiz terkecil (cincang halus) yang boleh dikumpulkan.
Hiris – Potong secara menegak ke bawah supaya mendapat hirisan diinginkan mengikut keperluan masakan sama ada hirisan besar atau kecil.
PETUA PAPAN HIRIS
Gunakan papan hiris secara asing (mengikut warna) untuk daging dan sayur-sayuran atau buah-buahan agar tidak berlaku tercemar silang atau hirisan. Ini kerana ada beberapa bahan yang tidak boleh digunakan bersama.










