Apa beza sunscreen, sunblock? - Utusan Malaysia

Apa beza sunscreen, sunblock?

Berfungsi melindungi kulit daripada cahaya matahari. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNBLOCK atau sunscreen, yang mana satu lebih bagus? Pasti ramai yang keliru dengan fungsi kedua-duanya. Sebenarnya kedua-duanya adalah sama dan berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.

Penggunaan kedua-duanya ini bagi mengurangkan penembusan cahaya matahari dan melindungi daripada bahaya sinar UV pada kulit.

Pada 2011, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat atau Food and Drug Administration (FDA) menghalang daripada penggunaan perkataan sunblock pada label produk.

Ini disebabkan ramai yang menganggap penggunaan sunblock (mempunyai penyaring mineral seperti zinc oxide dan titanium dioxide) berupaya untuk menghalang atau block cahaya matahari 100 peratus daripada menembusi ke kulit. Perkataan sunblock ditukarkan kepada sunscreen untuk mengelakkan kekeliruan berhubung penggunaan dan keberkesanannya.

Kemudian pada 2017, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mengikuti langkah sama dan menggantikan istilah sunblock kepada sunscreen yang dibenarkan pada label produk.

Tips untuk mencari produk sunscreen yang bagus dan terbaik adalah pastikan mempunyai teknologi perlindungan broad spectrum yang melindungi Long Wave Ultraviolet A (UVA) dan Short Wave Ultraviolet B (UVB). Caranya, pastikan mempunyai label SPF 50 PA+++.

Sun Protection Factor (SPF) bermaksud faktor perlindungan matahari. Ia mengukur keupayaan pelindung matahari menapis sinaran UVB. Kesan UVB banyak dilihat ketika panas terik seperti waktu tengah hari yang boleh menyebabkan sunburn pada kulit.

PA pula bermaksud Protection Grade of UVA iaitu gred atau tahap perlindungan terhadap sinaran UVA.
Produk sunscreen juga mem­punyai formula yang berbeza-beza. Ada tiga jenis sunscreen seperti physical, chemical dan hybrid sunscreen. Yang mana satukah terbaik untuk kulit?

1) Physical Sunscreen
Physical sunscreen atau dikenali juga sebagai mineral sunscreen berfungsi untuk menghalang dan memantulkan sinar UV daripada menembus dan tidak menyerap ke kulit. Kandungan physical sunscreen antaranya zinc oxide dan titanium dioxide.
Mempunyai perlindungan lebih kuat berbanding sunscreen jenis lain. Cepat menyerap dalam beberapa saat dan sesuai digunakan tanpa mengira usia. Teksturnya agak tebal dan mempunyai white cast. Wajah akan kelabu atau putih selepas pemakaian.
Sesuai untuk kulit kering dan sensitif.

2) Chemical Sunscreen
Chemical sunscreen pula berfungsi di bawah permukaan kulit dengan menyerap sinar UV dan mengubahnya menjadi panas atau heat agar tidak masuk ke lapisan kulit yang lebih dalam. Diformulasikan dengan bahan kimia aktif seperti oxybenzone, avobenzone, octinoxate, octocrylene, octisalate dan ecamsule.
Namun sunscreen yang mengandungi bahan oxybenzone seeloknya dielakkan kerana berupaya mengganggu hormon dan menimbulkan alergi.
Teksturnya ringan dan tidak menimbulkan white cast namun perlu menunggu sehingga 20 minit untuk sunscreen menyerap sepenuhnya.
Sesuai untuk kulit berjerawat atau kombinasi.

3) Hybrid Sunscreen
Hybrid sunscreen merupakan inovasi terbaharu dan semakin popular dalam dunia kecantikan. Jenis ini adalah gabungan daripada jenis physical dan chemical sunscreen. Dikatakan memberi perlindungan maksimum pada kulit. Namun campuran bahan aktif mineral dan kimia terdapat pada physical dan chemical sunscreen menyebabkan ia kurang efektif selepas dua jam pemakaian.
Jenis ini sesuai untuk mereka yang kurang melakukan aktiviti luar dalam tempoh lama. Tekstur ringan dan cepat menyerap pada kulit. Ia juga tidak meninggalkan white cast pada wajah.
Sesuai untuk kulit berjerawat atau kombinasi.

Cara pemakaian
Picitkan krim sepanjang dua jari dan sapu keseluruhan kulit wajah antara 15 dan 30 minit sebelum keluar rumah. Jangan tidak tahu, dalam rumah pun kena pakai. Meskipun tiada cahaya matahari menembusi ruangan rumah namun haba panas masih boleh menyerap pada kulit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN