Terus tabah mengharungi ujian mendatang, Mawar Abdul Karim tidak menjadikan kisah silam sebagai halangan untuknya melakukan yang terbaik dalam perniagaan dibina. Masih terlibat dalam perniagaan tudung Fareeda milik ibu tersayang, Mawar menjelaskan dia mahu mengembangkan bisnes yang ada ke cabang baharu demi masa depan keluarga. Optimis mampu berjaya, wanita berusia 33 tahun ini tanpa berselindung mengakui mengusahakan Mawar Jewelry secara kecil-kecilan dan masih mempelajari selok-belok industri barangan kemas. “Jual tudung…