Pasu rustik dari bekas aiskrim dan kotak terpakai - Utusan Malaysia

Pasu rustik dari bekas aiskrim dan kotak terpakai

CANTIK sungguh pasu gaya rustik dan seakan seramik ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Elemen dekorasi sesebuah kediaman bukan hanya bergantung kepada pemilihan dan gubahan bunga semata-mata.

Penggunaan pasu yang cantik dan eksotik juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan suasana sekaligus meminimakan gubahan bunga.

Disebabkan itu, harga bagi seleksi pasu yang antik dan menarik bukan calang-calang, malah ada yang mencecah ribuan ringgit.

Namun, tidak bermakna hanya golongan atasan yang mampu memiliki pasu cantik.

Menggunakan kreativiti dan hanya barangan terpakai, Rafidah Nani Afandi berkongsikan langkah mudah menghasilkan pasu gaya rustik dan seakan seramik.

Bahan-bahan

Bekas aiskrim bentuk bulat
Kotak terpakai
Gam panas
Pita pelekat
Cat dan simen berwarna putih

Cara-cara

1.Potong kotak kepada bentuk separuh bulat yang kecil dalam jumlah yang banyak
2.Lekatkan kotak pada bekas makanan sehingga menutupi semua permukaan menggunakan gam panas
3.Letakkan kotak bulat pada bahagian atas bekas aiskrim untuk menutup lubang
4.Balutkan keseluruhan bekas dengan pita pelekat
5.Dalam bekas lain, campurkan cat dan simen sedikit demi sedikit sehingga pekat dan mempunyai tekstur bergerutu.
6.Sapukan pada bekas yang telah dibalut dengan pita pelekat.
7. Boleh hiaskan bunga kesukaan pada pasu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×