Magis setitis serum - Utusan Malaysia

Magis setitis serum

TEKSTUR serum yang mudah meresap memberikan kemasan matte atau anti-kilauan yang tahan lama dan kering.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KESAN jerawat atau hiperpigmentasi pasca keradangan (PIH) merupakan sejenis hiperpigmentasi kulit yang terjadi disebabkan proses penjagaan semula kulit selepas mengalami keradangan. Ia kelihatan seperti tompok rata yang berwarna.

Tompok ini terdiri daripada warna merah jambu kepada merah, coklat atau hitam bergantung kepada tona kulit dan kedalaman warna.

Punca utamanya adalah peningkatan pengeluaran melanin iaitu pigmen yang menentukan warna kulit seseorang yang disebabkan faktor keradangan. Seterusnya, jerawat akan merangsang melanosit iaitu sel penghasilan melanin untuk membebaskan melanosome yang berlebihan (butiran pigmen).

Butiran pigmen berlebihan ini yang akan menggelapkan dan mengubah warna warna kawasan yang terkesan. Sebaik sahaja jerawat awal telah reda, bintik-bintik warna yang dipanggil kesan jerawat, akan menjadi kekal pada permukaan kulit.

KESAN JERAWAT DEGIL
Sungguhpun ramai berjaya menangani masalah jerawat, namun percayalah mereka juga terpaksa melalui proses melawan kesan jerawat pula.

Tanda-tanda atau kesan jerawat yang ditinggalkan akan lebih mengecewakan dan memberi kesan terhadap emosi kerana parut jerawat yang kelihatan mengganggu untuk mendapatkan kulit bebas cela.

Selain itu pendedahan kepada cahaya matahari boleh memudaratkan lagi kesan jerawat, menggelapkan kawasan tompok yang terjejas dan memanjangkan tempoh yang diperlukan untuk pudar.

Kebanyakan kesan jerawat akan pudar dari semasa ke semasa tetapi mengambil masa untuk hilang sepenuhnya.

SERUM DENGAN THIAMIDOL
Untuk mengurangkan dan mempercepatkan tempoh pudar tanpa kesan jerawat dalam tempoh dua minggu sahaja adalah dengan penggunaan serum yang mempunyai bahan aktif thiamidol. Ia mengurangkan kesan jerawat atau PIH bagi menangani punca utama penghasilan melanin dalam kulit.

Selain thiamidol formulasi bahan dalam produk Eucerin ProACNE Solution Triple Effect Serum yang mengandungi salicylic acid turut berkesan bagi mengurangkan jerawat dan cela manakala kandungan licochalcone A pula bertindak untuk meredakan iritasi.

Fungsi teknologi sebum-regulating yang diformulasikan turut memberikan kemasan matte atau anti-kilauan yang tahan lama dan kering serta memberikan kelegaan kepada kulit.

CARA PENGGUNAAN SERUM
Untuk melihat keberkesanan yang cepat dan mendapatkan hasil yang terbaik, serum perlu digunakan atau disapu dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. Caranya:

* Ratakan satu pam penuh pada kulit yang telah dibersihkan.

* Elakkan kawasan mata dan jerawat yang sangat meradang.

* Tidak perlu risau jika berlaku sedikit kesemutan selepas pemakaian kerana ia tidak berbahaya dan akan reda selepas beberapa minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN