Jangan buat-buat terkejut, terus kekalkan SOP - Utusan Malaysia

Jangan buat-buat terkejut, terus kekalkan SOP

Syukur dapat bertemu Syawal - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seminggu sudah meraikan Aidilfitri. Walaupun ramai antara kita meraikannya dalam keadaan serba terkejut, tetapi ia tetap berlangsung dalam suasana meriah.

Yang paling penting kita bahagia berada bersama keluarga tercinta. Biarlah berjam-jam bersesak atas jalan raya pun, janji dapat pulang berhari raya.

Ketupat segera dan rendang ala kadar, bukan masalah untuk kita meraikan hari kemenangan buat umat Islam selepas sebulan berpuasa dan selepas dua tahun tidak dapat balik kampung meraikan lebaran.

Berbalik soal raya terkejut tadi, mak mentua saya yang pada awalnya berhajat untuk mengayam ketupat, terpaksa bertukar kepada plan B – merebus ketupat segera.

Tak perlu banyak bersoal sebab kesutukan masa.Ayam yang ada hanya ada stok dua ekor terus di buat ayam masak merah untuk dimakan lima buah keluarga.

Ada daging tiga kilo sempat dibuat rendang. Seluruh keluarga yang ada semua dikerah turun ke dapur untuk membantu. Lega sebab mak tak berkira soal ramuan. Santan kotak pun ok baginya, yang peting beraya, katanya.

Seronok juga begitu. Ia turut mengingatkan kita sewaktu raya dulu-dulu yang perlu menunggu pengumuman di televisyen, barulah boleh menyingsing lengan memasak di dapur.

Menariknya, kami di kampung dahulu berkongsi kerja menyediakan juadah raya. Kalau jiran buat ketupat, kita buat lemang, kemudian bertukar-tukarlah juadah. Dah dapat dua menu. Memang praktikal sebab tidak perlu tunggu terlalu lama menunggu api.

Situasi itu barangkali tinggal kenangan.

Dengan keadaan pandemik, tak berapa nak kenal jiran, maka ia tidak dipraktikkan lagi.

Begitupun, kanak-kanak insan paling seronok. Asal sahaja dapat duit raya, menziarahi sanak saudara dan main bunga api, itu sudah memberikan banyak erti buat mereka. Tetapi tetap perlu selalu diingatkan soal penjagaan jarak, prosedur operasi standard (SOP). Jangan duduk rapat-rapat dan bersalaman sesuka hati.

Gembira terletak di hati. Sungguhpun ramai yang melahirkan rasa sentap sebab tidak cukup itu dan ini, tetapi syukur kita sempat menemui Syawal.

Pengalaman ini juga mengingatkan kita mengenai sentiasa bersedia sebab sudah terbiasa dengan ikut kalendar. Manalah tahu tahun depan pun begini?

Minggu depan rumah terbuka dijangka rancak diadakan. Seri ada tips elakkan pencemaran makanan dan mengurus duit raya anak.

Pun begitu, terus mengekalkan jarak selamat. Tidak perlu berlama-lama. Habis berjumpa dan menjamu selera, pulanglah. Itulah yang terbaik untuk keselamatan semua.

———–
Nor Afzan Mohamad Yusof, Penolong Pengarang Berita,
Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya