5 tips mendapatkan gaya solekan dolly look - Utusan Malaysia

5 tips mendapatkan gaya solekan dolly look

Tema solekan oleh jurusolek Ayna Ahmad ini memang cantik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUA tahun tidak ke rumah terbuka, pastilah tahun ini banyak menerima undangan untuk beraya ke rumah sanak saudara dan kenalan.
Gaya solekan sudah tentu menjadi penyeri bagi menaikkan tema busana raya untuk memberi penampilan berseri, segar dan menarik
Lima tema solekan atau look raya oleh jurusolek Ayna Ahmad, 30, ini sesuai untuk mereka yang ingin kelainan semasa bertandang ke rumah terbuka Aidilfitri.

#1
Solekan lembut atau tema pink

Pembayang mata: Pink gelap dan sedikit shimmer di bahagian kelopak mata
Kening: Brown
Asas: Sapukan full coverage lebih cerah sedikit daripada kulit asal dan layangkan bedak tabur
Penyamar: Sapu di T-zone, bawah mata, hidung dan dagu
Pemerah pipi: Pink
Bulu mata: Gunakan human hair fake eyelashes
Highlight: Dahi, tulang pipi, hidung, dagu dan layang sikit pada bawah kening
Gincu: Ombre, pink dan merah

Tips: Pembayang mata dikombinasikan dengan dua tona warna, pink gelap dan shimmer akan membuat mata kelihatan seperti dolly look.

#2
Tema nude

Pembayang mata: Soft brown di kelopak mata dan brown di hujung mata
Kening: Brown
Asas: Campurkan full coverage, sunscreen dan layangkan bedak asas
Penyamar: Zon T, dahi, bawah mata, hidung dan dagu
Pemerah pipi: Peachy pink
Bulu mata: Human hair fake eyelashes
Highlight: Shimmer warna gold disapukan pada dahi, hidung, tulang pipi dan dagu
Gincu: Peachy mix nude brown

Tips: Pilih warna kelihatan natural pada kulit. Jika nampak pucat, boleh campurkan dengan warna merah atau pic. Warna gincu juga harus kelihatan lebih natural. Gunakan gincu matte dan sapukan sedikit gloss pada bibir kelihatan natural dan segar.

#3
Soft smokey look

Pembayang mata: Dark brown dan sapukan glitter eyeliner
Kening: Soft brown
Asas: Full coverage sama dengan tona kulit
Penyamar: Zon T, dahi, bawah mata dan dagu
Pemerah pipi: Peachy
Bulu mata: Human hair fake eyelashes
Highlight: Dahi, bawah mata, hidung, tulang pipi dan dagu
Gincu: Soft nude

Tips: Solekan lebih ditekankan pada mata, gincu warna lembut supaya nampak lebih natural dan manis.

#4
Tema maroon atau merah gelap

Pembayang mata: Maroon atau pink, dark brown di hujung mata dan glitter eyeliner
Kening: Brown
Asas: Full coverage warna tona kulit
Penyamar: Zon T, dahi, bawah mata, hidung dan dagu
Pemerah pipi: Peachy pink
Bulu mata: Human hair fake eyelashes
Highlight: Sapukan pada dahi, hidung, tulang pipi dan dagu
Gincu: Ombre, soft nude dan merah gelap

Tips: Solekan ini membuatkan kulit nampak lebih segar dan cerah untuk tema baju berwarna maroon.

#5
Tema soft yellow

Pembayang mata: Dark brown dan yellow eyeliner
Kening: Brown
Asas: Full coverage tona warna kulit dan bedak asas
Penyamar: Zon T, dahi, bawah mata, hidung dan dagu
Pemerah pipi: Peachy
Bulu mata: Human hair fake eyelashes
Highlight: Sapukan di dahi, hidung, tulang pipi dan dagu
Gincu: Peachy dan lipgloss

Tips: Solekan ini sangat sesuai untuk tema soft yellow. Sapukan lipgloss untuk nampak bibir lebih mungil, seksi dan menarik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN