PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menyiapkan satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew. Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung laporan yang dibuat di sebuah negeri di Semenanjung. Menurut beliau, siasatan dijalankan termasuklah mengesan saksi-saksi berhubung dakwaan itu. “Belum pasti bila akan didakwa, masih disiapkan siasatan,”…