TIDAK kira wanita mahupun lelaki, kedua-duanya pasti akan terkesan daripada aspek mental. Ada masanya wanita lebih berasa tertekan dengan tanggungjawab sama ada datang daripada aspek kerjaya dan pengurusan rumah tangga. Namun begitu, Profesor di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin berkata, sebagai wanita, perlu selalu mencabar pemikiran negatif dan cuba untuk berfikiran positif apabila melakukan sesuatu bagi mendepani kehidupan seharian. “Contohnya, apabila…









