Nazri Aziz sedia bertanding PRU16

Nazri Aziz sedia bertanding PRU16

MOHAMED NAZRI AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG RENGAS: Veteran UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sedia untuk bertanding semula di Parlimen Padang Rengas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, jika parti bersetuju mencalonkannya.

Katanya, beliau masih Ketua Bahagian di sini dan melihatkan situasi politik yang mencabar membuatkan dirinya sedia dipertaruhkan oleh UMNO.

Semasa PRU 2022 jelasnya, beliau membuat pilihan untuk tidak bertanding kerana ditawarkan menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS).

“Pada ketika itu ramai bercakap tentang memberi peluang kepada orang muda dan kebetulan saya hendak pergi ke AS.

“Tetapi selepas dua tahun lebih saya balik, saya masih Ketua Bahagian dan saya telah pun memberi ruang kepada orang muda untuk bertanding dengan harapan boleh menang dan mengambil alih daripada saya.

“Tetapi suasana (politik) masih mencabar. Jadi saya fikir saya sudah balik, saya masih Ketua Bahagian.

“Kalau parti setuju untuk mencalonkan saya dan Bahagian saya pun bersetuju. Tidak ada sebab saya tidak terima. Tetapi apa sekalipun keputusan mesti dibuat oleh pucuk pimpinan parti saya,” katanya.

Mohamed Nazri merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas selama empat penggal dari tahun 2004 sehingga 2022.

Pada PRU-15 tahun 2022, Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Mohd. Ariff Abdul Majid buat pertama kali tewas dalam sejarah di Padang Rengas kepada calon Perikatan Nasional (PN).

Mohamed Nazri dilantik sebagai Duta ke AS pada awal 2023 sebaik sahaja pembentukan kerajaan perpaduan hasil gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN