UiTM Pahang tubuh Masmed perkasa budaya keusahawanan

UiTM Pahang tubuh Masmed perkasa budaya keusahawanan

UiTM
Shahaniza Shamsuddin (empat kanan) dan Dr. Mohd Ilham Adenan (tiga kanan) pada majlis perasmian MASMED UiTM Cawangan Pahang, Kampus Khazanah Alam, Jengka baru- baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam Jengka menubuhkan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (Masmed). Ini bagi memperkasa budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa universiti berkenaan.

Rektornya, Prof. Dr. Mohd. Ilham Adenan berkata, antara fokus Masmed adalah memperkenalkan latihan dan aktiviti berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Sekali gus dan selaras dengan adaptasi digital era Revolusi Industri 4.0.

Katanya, ruang jualan disediakan meliputi kawasan dalam dan luar kediaman yang akan disewakan secara harian atau bulanan. Antaranya kepada anggota Koperasi Siswa (Kosiswa), persatuan pelajar dan unit ladang bagi aktiviti pasar malam, pasar minggu serta aktiviti keusahawanan yang lain.

“Dalam masa terdekat antara aktiviti disarankan ialah mewujudkan tapak jualan seperti jualan makanan, pakaian dan barangan terpakai.

“Perkhidmatan amatur pelajar seperti menggunting rambut, urutan tapak kaki, dandanan wajah dan sebagainya akan turut disediakan, selari dengan keperluan asas kesihatan individu,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Latihan dan Inkubator Masmed di UiTM Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam baru-baru ini.

Pelancaran disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Kewujudan Pusat Latihan dan Inkubator Masmed, itu katanya, diharapkan dapat membantu ahli Kosiswa menjalankan aktiviti lebih terancang dan menyusun semua program sebaiknya dalam usaha menjana pendapatan.

Sementara itu, Shahaniza berkata, para mahasiswa harus merebut peluang melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar boleh dimanfaatkan selepas tamat belajar.

Menurutnya, keusahawanan merupakan sebahagian daripada lonjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu graduan holistik berciri keusahawanan dan seimbang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×