Seramai empat pelajar Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) mengambil langkah proaktif mencipta projek inovasi iaitu Helmet Chin Strap Detector and Alcohol Detection System, dalam usaha membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dan meningkatkan keselamatan jalan raya. Hasil inovasi itu telah membolehkan pasukan Universiti Utara Malaysia merangkul tempat ketiga dalam pertandingan ##ShellSelamatSampaiVarsityChallenge (#SSSVC) 2021 anjuran Shell Malaysia sekali gus membawa pulang sijil, pingat dan wang tunai bernilai RM3,000. Pelajar…