Spaghetti Itik Salai Masak Lemak - Utusan Malaysia

Spaghetti Itik Salai Masak Lemak

Spaghetti Itik Salai Masak Lemak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menu hidangan mi dari negara barat ini memang tidak asing lagi. Jika kebiasaan ia dinikmati dengan cara berkuah putih dan merah, kali ini Seri tampilkan variasi spaghetti berkuah kuning pula.
Sudah pasti perkongsian resepi daripada Noor Hayati Abdullah ini akan memberikan idea baharu dalam penyediaan spaghetti yang sedap berlemak dan penuh berperisa.

Bahan-bahan kuah

20 biji cili padi dikisar
2 inci kunyit hidup dikisar
2 batang serai diketuk
2 keping asam keping
200 mililiter (ml) santan
1 Kiub ayam
Air secukupnya
2 helai hirisan daun kunyit

Cara penyediaan

1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan didihkan sebentar.
2. Kemudian masukkan santan dan air secukupnya.
3. Masukkan serai, asam keping, kiub ayam dan masukkan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau rata dan biarkan mendidih.

Bahan-bahan lain:

3-4 keping dada itik sejuk beku
1 paket spaghetti
Minyak zaitun
Serbuk lada (chili flakes)

Cara hidangan

1. Rebus spaghetti hingga lembut. Kemudian angkat dan toskan.
2. Gaul sekata spaghetti dengan sedikit minyak zaitun supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.
3. Bakar itik salai menggunakan ketuhar dengan suhu 180 darjah selsius selama 10 hingga 15minit.
4. Kemudian balikkan itik dan bakar lagi dengan suhu yang sama selama 10 minit.
5. Apabila masak, angkat dan sejukkan. Hiris nipis itik salai.
6. Curahkan air dan minyak yang keluar dari itik ke dalam kuah masak lemak. Kuah akan lebih sedap dan terasa salainya.
7. Spaghetti sedia dihidangkan bersama kuah masak lemak.
8. Hidangkan bersama hirisan itik salai dan taburkan serbuk lada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×