Ramai kurang peduli masalah gigi sensitif - Utusan Malaysia

Ramai kurang peduli masalah gigi sensitif

Gigi sensitif kerap berlaku apabila memberus gigi, mengambil makanan dan minuman yang sejuk, panas, manis, berasid atau masam dan pedas. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJIAN Kuantitatif Asia Tenggara dan Taiwan (SEAT) oleh GSK Consumer Healthcare

mendedahkan sekurang-kurangnya tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menghidap masalah gigi sensitif.

Ini menunjukkan kekerapan dalam pengambilan makanan dan minuman manis seperti teh tarik, teh boba ais, kopi, aiskrim, kek serta coklat yang memberi kesan kepada masalah gigi sensitif sehingga menyebabkan rasa tajam dan ngilu pada gigi.

Kebanyakan penghidap gigi sensitif mengalami ketidakselesaan pada gigi mereka apabila memberus gigi, makanan yang terperangkap di antara gusi dan gigi palsu, mengambil makanan dan minuman yang sejuk, panas, manis, berasid atau masam dan pedas.

Hanya 23 peratus responden mengakui menggunakan ubat gigi khusus bagi menangani masalah kesakitan gigi atau gigi sensitif sekali gus membuktikan pengguna di Asia Tenggara kurang peduli aspek penjagaan kesihatan mulut sejak pandemik Covid-19.

Menurut Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia, Bryan Wong, penggunaan ubat gigi yang sesuai adalah rawatan paling cepat untuk mengelakkan kerosakan gigi dan merawat gigi sensitif.

“Ubat gigi sensitif dapat membantu menyekat kesakitan gigi. Seperti ubat gigi Sensodyne Repair and Protect Deep Repair menggunakan teknologi NovaMin® dapat menembusi jauh ke dalam gigi untuk membaiki punca gigi sensitif dan membentuk lapisan perlindungan yang terbukti secara klinikal dapat melegakan masalah gigi sensitif.

“Dengan ubat gigi sensitif, makanan manis, sejuk dan panas boleh terus dinikmati tanpa perlu bimbang akan rasa ngilu lagi.

“Selain itu, perlu memberus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi fluorida akan membantu menguatkan gigi. Penggunaan ubat gigi yang mengandungi fluorida dapat membantu menguatkan enamel dan memberikan perlindungan harian untuk gigi sensitif di samping menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan baik,” katanya.

Namun katanya, perlu mendapatkan rawatan dengan pakar pergigian sekiranya kesakitan gigi sensitif menjadi teruk.

“Penting untuk melakukan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian supaya doktor dapat mengesan tanda-tanda awal kerosakan gigi untuk merawatnya, salah satunya rawatan akar gigi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×