Ifa Raziah bukan nama kecil dalam industri. Sejak menceburkan diri, dia membuktikan kemampuan sebagai anak seni sebenar. Seorang penyanyi, yang kemudian terjun ke bidang pengacaraan. Kemudian sekarang menjadi seorang usahawan berjaya. Kegigihan wajar dicontohi. Sebagai artis, Ifa tak terkecuali menerima kecaman. Mulut manusia tak boleh ditutup. Ifa, bagai sudah lali dengan fitnah dan pertuduhan. Ada yang menggelarnya berpura-pura. Dek kerana penampilan. Hari ini bertudung esok, buka. Siapa kita untuk menghukum.…