PETALING JAYA: Cadangan untuk membuka sempadan negara pada 1 Mac ini tidak boleh sekadar bertujuan merancakkan ekonomi dan pelancongan semata-mata, tetapi ia mestilah bersandarkan kepada keadaan semasa. Bercakap kepada Utusan Malaysia, geostrategis Prof. Dr. Azmi Hassan menyifatkan pembukaan sempadan pada 1 Mac itu terlalu awal sedangkan kes positif Covid-19 sedang meningkat naik ekoran gelombang varian Omicron. “Kalau nak dikaitkan dengan ramalan Kementerian Kesihatan yang mengatakan kita akan sampai kemuncak jangkitan…










