KISAH percintaan antara rakyat biasa dan kerabat bukanlah kali pertama ditampilkan di layar perak mahupun skrin TV. Cuma yang membezakan adalah bagaimana plot dan cabaran disuntikkan ke dalam naskhah itu agar ada perkembangan yang mampu meninggalkan kesan di hati penonton. Bahkan garapan daripada pengarah turut memainkan peranan dalam menghidupkan lagi sesebuah karya tersebut. Tidak dinafikan, meskipun sebaik mana pengarah dan bahagian teknikal berusaha menjayakannya, barisan pelakon juga memainkan peranan penting.…