Bagi kaki makan atau food hunter, keenakan cendol tersedia di Cendol Sawit (Warung Estate) pasti menggoda selera. Keunikan cendolnya terletak pada santannya iaitu menggunakan santan kelapa sawit, bukannya santan kelapa yang lazim digunakan. Pengurus restoran, Mohd. Yusri Denan, 39, berkata sebanyak lapan hingga sembilan kilogram (kg) santan kelapa sawit diperlukan setiap hari. Namun jumlah itu mencecah sehingga 20kg pada hari minggu serta cuti umum. “Setakat ini saya tidak menghadapi masalah…










