Sebagai keluarga, saya terkesan - Ernie Zakri - Utusan Malaysia

Sebagai keluarga, saya terkesan – Ernie Zakri

Ernie Zakri kecewa dengan tindakan Datuk Seri Vida mengaibkan bapa saudaranya Anuar Zain menerusi sebuah video yang tular.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri kecewa dengan tindakan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang mengaibkan bapa saudaranya yang juga penyanyi bersuara emas, Anuar Zain menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini.

Luah Ernie, sebagai keluarga dia terkesan dan berharap usahawan berkenaan menyesal dengan perbuatan dangkalnya itu.

“Saya terima banyak mesej berkenaan video tersebut. Yang salah tetap salah. Saya tak mahu curah minyak ke dalam api yang menyala namun sebagai keluarga, saya terkesan.

“Masyarakat pun tahu tindakannya itu salah. Saya tak tahu kenapa dia bercakap seperti itu. Niat berseloroh ke atau macam mana? Saya harap dia menyesal,” katanya kepada Utusan hari ini.

Vida dikecam hebat gara-gara menuduh Anuar Zain sebagai gay menerusi sebuah video livenya di Instagram, baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Ernie menegaskan bukan tugasnya untuk menasihatkan sesiapa dalam isu ini. Namun katanya, apa yang perlu dilakukan adalah dengan abaikan sahaja perkara-perkara negatif seperti itu.

“Secara peribadi, Pak Ngah saya seorang yang bersahaja dan tenang. Dia sudah biasa berdepan gosip.

“Dia pernah nasihatkan saya, buat bodoh sahaja dengan kata-kata buruk orang. Jadi saya nak jadi macam apa yang dia nasihatkan saya, buat bodoh sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ernie juga memberitahu setakat ini dia dan syarikat rakaman masih tercari-cari penyanyi untuk menggantikannya di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36.

Kata Ernie, buat masa ini tidak ada perkembangan baharu yang boleh dikongsikan berkenaan itu memandangkan perbincangan masih dilakukan dengan syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment.

“Apa yang saya boleh katakan adalah saya harapkan penyanyi itu nanti dapat menyampaikan lagu Boneka itu nanti dengan vibe yang sama seperti yang saya bawakan ketika di pentas separuh akhir. Cuma, tidak dinafikan saya harap ada kelainan yang menyerlahkan identiti penyanyi itu nanti.

“Saya mahu dia tonjolkan dirinya dengan kreativiti tersendiri. Jadi, saya bersikap terbuka dengan cadangan yang datang dari syarikat rakaman dan penyanyi yang bakal menggantikan saya nanti,” jelasnya.

Ernie sebelum ini mengesahkan tidak akan
beraksi di pentas AJL nanti kerana dijangka melahirkan anak sekitar bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN