SEPANG: Bencana banjir yang menjejaskan 50 daerah baru-baru ini mengakibatkan negara kerugian dianggarkan mencecah RM6.5 bilion. Anggaraan itu berdasarkan dapatan awal kajian menyeluruh impak banjir yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan. Jumlah kerugian itu adalah enam kali ganda lebih tinggi dari kos membina Terowong Smart pada 2017 dengan kos melebihi RM1 bilion. Ia bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di ibu negara selain kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat…










