2022: Revolusi AR, VR dijangka diperhebat - Utusan Malaysia

2022: Revolusi AR, VR dijangka diperhebat

2022 bakal menjadi pembuka revolusi baharu bagai teknologi Realiti Terimbuh (AR) dan Realiti Maya (VR) untuk pasaran gajet.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pejam celik sudah hampir seminggu berada di tahun 2022. Pasti ramai peminat gajet sudah tidak sabar menantikan inovasi-inovasi baharu yang bakal diperkenalkan pada tahun ini.

Pakar Gajet media sosial yang mahu dikenali sebagai Xavier Naxa menjangkakan 2022 bakal menjadi pembuka revolusi baharu bagai teknologi Realiti Terimbuh (AR) dan Realiti Maya (VR) untuk pasaran gajet.

Jangkaan itu berikutan penglibatan serius beberapa syarikat teknologi gergasi seperti Microsoft dan Meta sehingga munculnya Alam Meta.

Malah katanya, Meta mengambil lebih 100 Jurutera Apple yang kebanyakan terdiri daripada pembangunan silikon, peranti dan perisian seperti yang dilaporkan Bloomberg.

“Berdasarkan laporan tersebut jelas menunjukkan betapa serius Meta untuk mengubah landskap dunia teknologi melalui Alam Meta.

“Apple juga mula menunjukkan minat dalam AR di mana sebuah produk berasaskan AR bakal diperkenalkan pada tahun 2022. Ini dibuktikan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Penganalisis terkemuka Ming-Chi Kuo,” katanya kepada Utusan Malaysia.

TELEFON PINTAR
Bagi segmen telefon pintar, dijangkakan tiada inovasi baharu yang bakal diperkenalkan.

Ini berikutan, kebanyakan pengeluar telefon pintar hanya memfokuskan kepada spesifikasi berbanding teknologi baharu.

Bagaimanapun dijangkakan, kemungkinan peranti dengan skrin boleh lipat akan diteruskan malah lebih agresif berbanding tahun sebelumnya.

“Samsung, Huawei dan Oppo dilihat mula serius dalam memperkenal produk seperti ini. Saya menjangkakan jenis kalis air serta debu akan menjadi tumpuan selain spesifikasi yang lebih baik.

“Saya turut berpandangan, jenama lain terutama daripada negara Tembok Besar akan turut serta dalam segmen peranti boleh lipat ini,” jelasnya.

Mengulas mengenai aspek harga, Xavier berkata ia mungkin dikekalkan pada tahap premium disebabkan kos penghasilan yang tinggi.

“Namun, besar kemungkinan terdapat penurunan harga yang dijangka dibuat oleh pengeluar peranti bertujuan untuk menguasai pasaran dalam segmen tersebut,” katanya.

Ramalan gajet menarik 2022:
» Apple bakal memperkenalkan Apple Watch Siri 8 yang dikhabarkan akan dilancarkan pada September 2022.

» Peranti itu diramal akan hadir dengan fitur pengesanan glukosa dalam darah. Walaupun khabar angin tersebut dilihat terlalu bercita-cita, namun tidak mustahil bagi sebuah syarikat
teknologi menghasilkannya.

» Apple juga bakal melancarkan iPhone 14 pada bulan September 2022 yang hadir dengan skrin berlubang menggantikan skrin bertakuk yang selama ini menjadi identiti mereka.
Apple turut dijangka akan memperkenalkan produk yang memfokuskan kepada realiti terimbuh (AR).

» Tidak dipastikan bagaimana ia berfungsi, namun Penganalisis terkemuka Ming-Chi Kuo melaporkan bahawa produk tersebut bakal menggantikan iPhone pada masa hadapan.

» Samsung mungkin melancarkan Galaxy Z Fold4 dan Flip4. Setakat ini tidak banyak diketahui tentang spesifikasi yang bakal hadir. Namun tumpuan mungkin diberikan kepada cip pemprosesan,
kamera serta sokongan SPen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN