PUTRAJAYA: Sebanyak 1,108 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan dirampas daripada pemiliknya yang kebanyakannya golongan ‘orang kaya’ yang menyalahi syarat menyewa premis, sekali gus menafikan hak golongan yang lebih layak mendapatnya. Kebanyakan pemilik terbabit memiliki kediaman sendiri dan tidak menduduki rumah PPR berkenaan, sebaliknya menyewakan premis tersebut kepada orang lain manakala ada yang membiarkan rumah berkenaan kosong atau menjadikannya sebagai rumah persinggahan. Kesalahan itu meliputi 949 kes daripada…










