SERANGAN isu konsesi pasir terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dilihat tiada asas dan bukti kukuh apabila tiada rekod projek kelulusan dibuat sepanjang 18 bulan beliau menjadi Ketua Menteri.
Walaupun berkali-kali Sulaiman menegaskan tiada projek pasir diluluskan ketika beliau mengetuai kerajaan negeri, namun terdapat pihak tertentu sengaja menggunakan modal itu sebagai bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mungkin barang kali pihak berkenaan telah kehabisan isu sehingga menjadikan dakwaan berkenaan untuk terus menyerang Sulaiman selaku calon Ketua Menteri daripada Barisan Nasional (BN).
Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, timbul isu berhubung pembolotan projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir laut oleh seorang bekas wakil rakyat.
Pemimpin itu dilaporkan mendakwa projek mengorek pasir laut untuk menambak pantai di negeri ini harus disiasat kerana dipercayai berlaku penyelewengan oleh pihak tertentu.
Perkara berkenaan secara langsung telah menjadi permainan pihak tertentu untuk mencetuskan persepsi atau tohmahan sehingga meletakkan Sulaiman sebagai pihak telah bersalah.
Menurut rekod, tiada satu pun projek konsesi pasir diluluskan sepanjang 18 bulan iaitu bermula dari saat mengangkat sumpah Sulaiman sebagai Ketua Menteri sehingga ke hari ini.
Malah isu yang dibangkitkan tersebut bukanlah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, sebaliknya di bawah Kerajaan Pusat.
Hal ini kerajaan negeri hanya berkuasa bermula daripada kawasan pantai sehingga laut iaitu dalam lingkungan tiga batu nautika.
Manakala lebih daripada lingkungan kawasan itu, adalah tanggungjawab Pusat dan permohonan itu diluluskan oleh pihak kementerian bertanggungjawab.
Di samping itu, tiada kerja pengorekan dilakukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila banyak sektor kilang dan ekonomi ditutup iaitu bermula pada 18 Mac 2020.
Pelbagai siri PKP diteruskan sehingga sekatan kawalan pergerakan atau total lockdown yang menyaksikan banyak ekonomi ditutup termasuk tidak berkaitan boleh mencetuskan virus juga tidak dibenarkan beroperasi.
Hujah-hujah berkenaan menepis dakwaan yang dicetuskan pihak tertentu untuk terus memburukkan Sulaiman yang juga merupakan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.
Justeru itu para pengundi perlu bijak dengan menyemak kesahihan dakwaan dilempar itu sebelum mempercayai bulat-bulat agar mereka tidak terperangkap dengan permainan persepsi. -UTUSAN ONLINE










