ALOR SETAR: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) menyangkal dakwaan sengaja membesar-besarkan kelewatan bekalan benih padi dalam kalangan petani di negeri ini. Sebaliknya, Exco Pesawah, Abd. Rashid Yob, 42, berkata, pihaknya membangkitkan keluhan petani terhadap pihak terlibat kerana gagal membekalkan benih padi mengikut masa yang ditetapkan. Menurutnya, isu tersebut bukan sebuah kisah dongeng, sebaliknya sering dihadapi oleh petani pada setiap musim penanaman padi. “Pada masa ini ramai petani belum menerima bekalan…










