Salah satu perkara penting dalam akidah Islam mengikut neraca Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) ialah beriman dengan telaga yang dianugerahkan khusus kepada Nabi Muhammad SAW. Telaga ini merupakan jisim yang khusus, yang besar dan luas. Umat Nabi Muhammad SAW akan mendatanginya setelah melalui titian sirat dalam keadaan haus. Menurut sebahagian ulama, mereka akan mendatanginya setelah keluar dari kubur. Menurut riwayat dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada hadis yang diriwayatkan…