PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen dicabar bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir, Tey Kok Kiew berkata, beliau bersedia bertanding di Paya Rumput sekiranya Mohd. Rafiq tidak berani mengambil risiko bertanding di Banda Hilir. “Saya cabar beliau. Saya mahu lawan Pengerusi PN Melaka…