PETALING JAYA: Siasatan ke atas tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan berkaitan kehilangan barang kes membabitkan duit RM25 juta dalam simpanan agensi itu menemukan wang tunai bernilai RM50,000 dan beberapa buah kereta mewah di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sumber memberitahu Utusan Malaysia, duit dan kereta-kereta mewah yang tidak disebutkan jenis dan berapa buah itu dipercayai milik kepada penguasa kanan SPRM iaitu seorang daripada tiga…










