Pilih vagen untuk kulit sensitif, ekzema - Utusan Malaysia

Pilih vagen untuk kulit sensitif, ekzema

Dr. Irma Shida Abu Samah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASALAH kulit ekzema dan sensitif memerlukan produk penjagaan semula jadi yang bebas daripada paraben dan sulfat, tanpa alkohol serta tidak mengandungi pewangi tiruan.

Walaupun pengguna barangan penjagaan kulit kini semakin bijak memilih keperluan wajah mereka dan sedar mengenai kepentingan bahan digunakan di dalam sesebuah produk namun ada juga berhabis ribuan ringgit dek terpengaruh dengan iklan dan ‘review’ berbayar di media sosial.

Pengasas Dermoseries, Dr. Irma Shida Abu Samah, berkata produk penjagaan kulit vegan yang bebas risiko untuk penggunanya tanpa mengandungi bahan kimia berbahaya terutamanya sulfat, paraben, pewangi dan pewarna antara pilihan untuk pengguna kulit sensitif.

Katanya bahan kimia itu yang banyak terdapat dalam produk penjagaan kulit, kadangkala boleh menyebabkan kerengsaan kulit, kemerahan, kekeringan, kegatalan dan ruam kepada pengguna.

“Produk penjagaan kulit vegan yang diformulasikan berasaskan ekstrak tumbuhan adalah selamat dan sesuai untuk kulit muka sensitif kerana amat kurang memberi kesan keradangan serta mampu menjadikan kulit kekal sihat berpanjangan,” katanya.

Rangkaian Dermoseries merupakan produk penjagaan kulit tempatan dengan 100 peratus vegan dan halal. Dermoklin dan Dermoscreen memiliki fungsi dua dalam satu yang sesuai untuk semua jenis kulit terutama bagi mereka berkulit sensitif dan menderita ekzema.

Dr. Irma adalah doktor pergigian bertauliah, berkata rutin penjagaan kulit yang sempurna tidak semestinya memerlukan 10 langkah rumit, sebaliknya produk yang tepat sudah cukup untuk memberikan manfaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN