PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mendahului Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 8.06 malam ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, BN memperoleh kemenangan 49 kerusi diikuti Pakatan Harapan (PH) iaitu tujuh kerusi.
Perikatan Nasional (PN), Bersama dan Muda masih belum memenangi sebarang kerusi.
PRN Johor kali ini, BN bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pada PRN Johor yang berlangsung pada Mac 2022, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.- UTUSAN








