Merakam haiwan liar mencabar minda - Utusan Malaysia

Merakam haiwan liar mencabar minda

TETAPAN PADA KAMERA; Menggunakan kamera mirrorless, lensa 200mm, kelajuan pengatup 1/640, bukaan f/4, ISO 80. -UTUSAN/FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mendokumen­tasikan pelbagai bentuk hidupan liar di habitat semula jadi sesuatu yang mencabar minda dan kepuasan dari sudut fotografi.

Genre ini disebut sebagai Wildlife Photography yang biasa dipaparkan di majalah-majalah seperti National Geographic, Wild Photography dan Outdoor Photographer.

Selain memerlukan kemahiran fotografi, jurufoto hidupan liar juga mungkin memerlukan kemahiran aktiviti luar seperti mempunyai ilmu tinggal di dalam hutan.

Memiliki gambar hidupan liar yang cantik memerlukan kesabaran, amalan dan disiplin yang tinggi.

TETAPAN PADA KAMERA; Menggunakan kamera DSLR, lensa 200mm, kelajuan pengatup 1/160, bukaan f/3.5, ISO 800.

Berikut adalah beberapa petua untuk merakam gambar haiwan liar.

Antaranya, sabar kerana ia mengambil masa untuk mempelajari tabiat haiwan liar dan bersedia untuk meluangkan masa menganalisis tingkah laku hidupan liar.

Kedua, gunakan lensa telefoto kerana haiwan liar jelas agak malu dan tidak gemar bertembung dengan manusia.

Ketiga, gunakan kelajuan pengatup yang laju kerana haiwan liar bergerak dengan cepat dan anda memerlukan kelajuan pengatup yang laju untuk merakam.

TETAPAN PADA KAMERA; Menggunakan kamera DSLR, lensa 200mm, kelajuan pengatup 1/125, bukaan f/5.6, ISO 400.

Yang terakhir, hormati subjek kerana haiwan liar boleh menjadi sangat berbahaya dan anda perlu menyedari sebarang isyarat amaran yang ditunjukkan.

Keserasian perlu wujud jika ingin mendapatkan sekeping gambar yang menakjubkan. Ketika membidik, pastikan subjek tidak menyedari kita berada di situ.

Di sini kesabaran seorang jurufoto itu diuji. Ini antara faktor paling penting untuk ‘bekerja’ dengan haiwan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×